“Pastu Acah-Acah Victim Kata Aku Tak Tengok Anak” – Adam Shahz Kena ‘Block’ Dengan Siapa?

Hiburan

“Pastu Acah-Acah Victim Kata Aku Tak Tengok Anak” – Adam Shahz Kena ‘Block’ Dengan Siapa?

Sebelum ini, konflik rumahtangga antara pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa telah mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat orang ramai.

Namun, Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata sejak konflik antara mereka itu berlaku, dia sukar untuk bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia.

Advertisement

Malah, baru-baru ini pelakon siri drama Juvana itu telah memuat naik hantaran di IG Stories mendakwa pihak keluarga terlibat telah menyekatnya daripada membuat panggilan telefon.

Satu family block aku, tak bagi call anak.

Bukan itu sahaja, Adam turut menyifatkan pihak keluarga berkenaan akan ‘play victim’ dengan mendakwa seolah-olah dia yang tidak mahu melawat anak mereka.

Pastu acah-acah victim kata aku tak tengok anak.

Terdahulu, pelakon berusia 41 tahun itu mendakwa bekas isterinya gemar ke kelab malam sehingga mengabaikan anak dan berhasrat untuk mengumpul bukti sebelum dibawa ke mahkamah untuk tuntutan hadhanah.

Info tambahan, Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Kalau Dia Jemput, Saya Datang" - Adam Shahz Nafi Cemburu Fatin Afeefa Bakal Kahwini Kekasih Jutawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...