Umum mengetahui bahawa Media Prima Berhad melakukan rombakan besar baru-baru ini bagi memberikan nafas baru kepada rancangan yang dikelola di bawah TV3.
Antara daripada selebriti yang ditamatkan kontrak bersama stesen penyiaran itu ialah Mira Filzah yang sudah hampir 4 tahun bertugas bersama rancangan Nona.
Menerusi entri yang dimuat naik oleh pelakon itu di laman Instagram, kontraknya bersama program tersebut ditamatkan lima bulan lebih awal daripada tarikh asalnya.
View this post on Instagram
Pun begitu, Mira menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka selain menghormati pendapat segelintir individu yang mungkin tidak menyukai cara pengacaraannya.
Saya akui tidaklah handal dalam bidang pengacaraan, tetapi dapat bertahan lama di program ini selama tiga tahun lapan bulan. Pada awal penglibatan, ingat dapat bertahan setahun atau dua sahaja, rupa-rupanya lebih lama.
Malah wanita itu bersyukur kerana dapat mengasah bakatnya sebagai pengacara setelah beberapa tahun bersama Nona.
Dalam pada itu, Mira turut berkongsi bahawa dia ada memberitahu pengurusnya mengenai keinginan untuk mengakhiri tugasnya sebagai pengacara Nona sebelum ini. Katanya, dia mahu memberikan fokus kepada cabaran yang baru.
Hampir empat tahun bersama Nona, saya rasa sudah terlalu selesa. Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang pada orang lain dan membuka ruang pada diri untuk mencuba perkara baru.
Sekadar pengetahuan, Amyra Rosli sudah pun memulakan tugasnya secara rasmi sebagai pengacara baru buat Nona bermula hari ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.