May 28th, 2012

Untuk anda yang tidak mengetahui, pada Sabtu lepas Zed Zaidi telah pun dilantik menjadi Presiden Seniman dengan jumlah undian sebanyak 152. Menjadia presiden sesuatu persatuan tentunya bukan sesuatu yang mudah, namun Zed Zaidi nampaknya sudah mempunyai perancangan dan matlamatnya yang tersendiri.

zed zaidi

Bercakap kepada Metro Ahad semalam, Zed menegaskan yang matlamat utamanya ialah mengawal dan memastikan artis luar tidak mengambil jalan mudah mencari rezeki di Malaysia. Katanya:-

Apayang saya lakukan semata-mata untuk membela nasib artis tanah air. Bayangkan jika mereka monopoli industri tanah air, apa akan terjadi kepada artis tempatan? Lagipun, mereka seakan-akan begitu mudah mencari rezeki di negara kita, sedangkan kita pula sebaliknya, sama ada di negara sendiri atau negara mereka. Saya mahu pastikan artis luar yang ingin mencari rezeki dan bekerja di industri kita mengikut saluran undang-undang yang betul, mempunyai permit sah dan berdaftar dengan jabatan bekerjaan.

Abang Nara sebenarnya bersetuju juga dengan kata-kata Zed Zaidi ini. Namun sebagai seorang Presiden, Zed haruslah menangani isu ini secara menyeluruh dan tidak menumpukan kepada beberapa individu sahaja. Kalau benarlah ada artis luar negara yang datang bekerja di sini tanpa permit, itu sememangnya tidak wajar. Semoga persatuan Seniman di bawah pimpinan Zed Zaidi dapat memainkan peranan yang lebih penting berbanding ketika di bawah presiden lain.


186 responses to “Saya Akan Tangani Isu Kebanjiran Artis Luar – Zed Zaidi”

  1. EXOChanyeol says:

    Zed Zaidi??? SENIMAN????? die contribute ape kat negara??????

  2. Mak Ngah says:

    Ni la namo eh Free Market jang…Sapo2 nak carik makan kek mano2 pun buleh jo..kalau ekau ghaso2 dah tak laku kek kg seniri..poie yo lah tompek lain..x do sapo nak marah kek ekau..mak ngah nak kobar an kek ZZ ni..suko atau x jang..org memang suko kek AA ni ha..dio ni “crowd puller” bak kato omputih..ado ‘wow factor” Produser (tah botul ko tak ejo tu) mano lak yg bodoh nak amek pelakon yg x do “star power” belakon filem eh?

    usah memokak bondo kocik2 cam ni ha jang..banyak laie bondo yg lobih manfaat ekau buek..mak ngah byk gak akal ni ha..wpun mak ngah dah tuo..

  3. afto says:

    For starting ok gak presiden seniman baru nampak la ade mission and vision..so bagi la peluang dan ruang agar janji di kota untuk kebaikan rakyat Malaysia..

  4. hakulah says:

    aku rasa x perlu la cetek sangat pemikiran tu. kt hollywood ramai je artis2 bukan dr amerika yg maju, derang x kisah pun. kalau cerita perihal artis ni aku rasa yg penting, bakat, gaya, identiti, muka hensem x hensem pun kira gak…so kalau ada artis tempatan yg setanding, aku rasa x ada masalah, cuma mmg x ada. so howw??

  5. crys says:

    mmg artis2 malaysia nie x kurang hebatnya..tp zed zaidi kna igt juga, artis2 luar nie jga yg membantu meningkatkan industri filem malaysia dgn kutipan box office and artis tempatan jga dpt bahagian yg sama bila filem jd box office..drpd dia asyik nk cbuk pasal artis luar, maybe dia patut tgk issue2 lain contohnya knp skarang dlm drama or filem dh terlalu bnyk unsur2 mat salleh? huhu..

Loading...