“Saya Akan Perbaiki..” – Adegan ‘Panas’ Dalam Drama Cetus Kemarahan Netizen, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

Hiburan

“Saya Akan Perbaiki..” – Adegan ‘Panas’ Dalam Drama Cetus Kemarahan Netizen, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

Sebelum ini, tular adegan ‘panas’ yang dilakonkan oleh Amir Ahnaf dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah yang mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Malaysia.

Mohon maaf secara terbuka

Advertisement

Sedar ia tidak patut berlaku, Amir Ahnaf tampil memohon maaf secara terbuka sewaktu ditemubual oleh pihak media dan berjanji tidak akan berulang lagi perkara itu di masa akan datang.

Saya sedar isu itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf atas apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

Mahu berlakon bersama Anna Jobling

Dalam pada masa yang sama, aktor itu memberitahu dia terima tawaran berlakon dalam drama ini kerana mahu berganding bersama Anna Jobling kerana kagum dengan lakonan aktres tersebut.

Bahkan yakin dengan adanya Anna dalam sesebuah drama, pasti akan memberi impak yang besar terhadap drama terbabit.

Belajar daripada pengajaran

Tambahan Amir lagi, dia akan lebih selektif dalam pemilihan skrip selepas ini dan teliti apabila mahu menerima tawaran berlakon.

amir
2023-12-14 16:55:34

"Saya Agak Takut Nak Lakonkan Babak Panas.." - Amir Ahnaf Hanya Penuhi Permintaan Pengarah, Tetap Jaga Batas Lakonan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar