“Saya Agak Takut Nak Lakonkan Babak Panas..” – Amir Ahnaf Hanya Penuhi Permintaan Pengarah, Tetap Jaga Batas Lakonan

Hiburan

“Saya Agak Takut Nak Lakonkan Babak Panas..” – Amir Ahnaf Hanya Penuhi Permintaan Pengarah, Tetap Jaga Batas Lakonan

Pelakon baru sensasi Amir Ahnaf dikatakan tidak segan untuk mencuba melakonkan watak baru dengan adegan yang belum pernah diceburi namun dirinya akui berasa takut untuk melakonkan sesetengah babak panas dalam drama terbarunya itu.

Katanya, dia mencuba untuk mendalami karakter dengan baik dan dirinya juga mempunyai kepercayaan penuh kepada pihak produksi yang bakal menapis adegan-adegan untuk mematuhi kriteria siaran umum sebelum dilakonkan.

Advertisement

Saya akui agak takut untuk lakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga memandangkan saya bawa nama baik keluarga saya.

Saya faham sesetengah pelakon ada cara mereka sendiri, tapi untuk saya, saya cuba jaga batas dan had lakonan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Ahnaf (@amir.ahnaff)

Bukan itu sahaja, menurut pelakon drama bersiri popular Syurga Itu Bukan Mudah ini, dia tahu peranan dirinya sebagai seorang anak seni yang perlu melakonkan babak sesuai wataknya tetapi dirinya masih tahu batas yang perlu dijaga.

Lagi pula, Amir bukan melakonkan sesetengah adegan itu demi meraih populariti. Itu semua kehendak pengarah dan penulis skrip drama tersebut. Katanya lagi, jika ada babak yang tak sesuai dilakonkan, dia pasti pihak produksi mempunyai kepakaran dalam teknik kamera ketika pengambaran yang boleh membuatkan babak itu kelihatan nyata.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 months ago

"Tak Sanggup Buka 'Sound'.." - Amir Ahnaf Nyanyi Lagu Butter, Peminat BTS Kecewa Persembahan Hancur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...