“Saya Akan Menawarkan Khidmat Peguam Secara Percuma” – Mahukan Keadilan, Giliran TMJ Bersuara

Berita

“Saya Akan Menawarkan Khidmat Peguam Secara Percuma” –  Mahukan Keadilan, Giliran TMJ Bersuara

Sedia maklum, ketika ini di media sosial sedang trending dengan tanda pagar #justiceforBella susulan kes penderaan yang terjadi ke atas remaja Sindrom Down.

Makluman terkini mengenai kes berkenaan mendapati adik Bella yang berusia 13 tahun itu dipaksa makan 20 biji cili padi selama beberapa minggu.

Advertisement

Bukan saja netizen yang berasa marah apabila mengetahui hal-hal yang terjadi ke atas remaja istimewa itu, malah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga tidak berdiam diri.

Menurut TMJ, dia bakal menawarkan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma.

Sebelum TMJ bersuara, isterinya iaitu Che Puan Besar Khaleeda Bustamam ada membuat hantaran di IG Story meluahkan rasa marah serta bakal membantu Bella agar mendapat keadilan yang sepatutnya.

Malah, beliau juga akan menggunakan kuasa yang ada untuk melawan pihak sebelah yang dianggap ‘pengecut’ kerana tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

isteri TMJ akan bantu adik Bella
2 years ago

"Karma Akan Hadir" - Enggan Diam Diri, Isteri TMJ Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...