“Karma Akan Hadir” – Enggan Diam Diri, Isteri TMJ Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

Berita

“Karma Akan Hadir” – Enggan Diam Diri, Isteri TMJ Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

Perbicaraan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mengabaikan serta menganiaya remaja Down Syndrome iaitu Bella sedang menjadi topik yang ‘hangat’ dibicarakan oleh orang ramai ketika ini.

Lagi-lagi setelah salah seorang peguam bela Siti Bainun memuat naik foto mereka bersama-sama kelihatan gembira, sedangkan sebelah pihak lagi menderita dari segi emosi dan fizikal.

Advertisement

Bukan saja mendapat perhatian netizen, malah isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut menyuarakan pandangannya di Instagram Story, baru-baru ini.

Difahamkan dari kenyataan yang dilakukan, Che’ Puan akan menggunakan kuasa yang ada untuk membela serta membantu bagi menegakkan keadilan buat remaja istimewa itu.

Dalam pada itu, beliau turut terkesan dengan apa yang terjadi, lagi-lagi ada pihak yang dianggap ‘pengecut’ dan mahu melarikan diri dari mengakui kesalahan yang telah dilakukan.

Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat.

Sebelum ini, Siti Bainun mengakui tidak bersalah atas dakwaan mengenai dia mendera Bella hingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Siti bainun bergambar dengan peguam
2 years ago

"Tak Patut Jadi Isu" - Dipertikai Sempat Bergambar Sambil Buat 'Peace' & 'Mini Love', Peguam Siti Bainun Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...