“Tak Patut Jadi Isu” – Dipertikai Sempat Bergambar Sambil Buat ‘Peace’ & ‘Mini Love’, Peguam Siti Bainun Bersuara

Berita

“Tak Patut Jadi Isu” – Dipertikai Sempat Bergambar Sambil Buat ‘Peace’ & ‘Mini Love’, Peguam Siti Bainun Bersuara

Semakin hari, semakin ramai yang mengambil berat serta memberi perhatian dalam kes yang sedang berlangsung berkaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa mendera serta menganiaya remaja istimewa yang dikenali sebagai Bella.

Bukan saja netizen sibuk membincangkan hal ini, salah seorang peguam bela Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan turut menceritakan prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Advertisement

Bagaimanapun, lain pula yang dipandang oleh netizen apabila foto yang dimuat naik kelihatan barisan peguam yang mewakili Siti Bainun sedang bergambar bersama-sama sambil membuat gaya peace dan mini love.

peguam Siti Bainun bergambar bersama-samaSumber : mStar  

Terdapat beberapa kenyataan dari netizen yang tidak menyangkakan barisan peguam itu masih boleh bergambar seperti itu bersama seseorang yang dianggap abuser, malah turut berasa ‘jijik’ melihat mereka di dalam gambar berkenaan.

Siti bainun dan peguam

Semasa di hubungi oleh pihak mStar bagi mendapat keterangan lanjut, Hafidzah menjelaskan hal terbabit sama sekali tidak salah apabila peguam bergambar dengan anak guam dan dalam pada masa yang sama, dia memberitahu mereka tidak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar bersama-sama.

Cross examination ini dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi, ia didedah separuh-separuh supaya nampak jahat sangat Siti Bainun ni.

Sempat juga menegaskan tentang dirinya tidak dibayar setimpal hingga sanggup membela Siti Bainun seperti yang dikata ramai.

Siti Bainun marah sebab Bella tarik langsir
2 years ago

Tertarik Langsir Hingga Besi Tercabut, Punca Siti Bainun 'Naik Hantu' Pada Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...