Sejak beberapa bulan yang lalu, hangat kisah percintaan diantara usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.
Kali ini pula bukanlah kisah percintaan, tetapi menerusi perkongsian di Instagram Stories pemuda berusia 27 tahun itu, dia berkata sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar yang segera dan turut menawarkan bajet dengan kos yang rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja.
View this post on Instagram
Selang beberapa jam selepas berkongsikan hajatnya itu di Instagram Stories, Iqbal memuatnaik status baru kerana tidak berpuas hati dengan beberapa pihak yang mempertikaikan soal dirinya ingin mengeluarkan bajet sebanyak itu.
Katanya lagi, beliau tidak mahu disamakan dengan pengasas lain yang hanya mementingkan duit berbanding bakat. Menurut Iqbal, dia merupakan juara nasyid Negeri Kelantan dan bakal membuktikan kepada orang ramai bahawa dia mampu untuk bernyanyi dengan baik walaupun dirinya bukan penyanyi profesional.
Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta memberitahu drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
unknown
October 14, 2021 at 1:00 pm
Apa yg mamat nih cuba buktikan ehh.. pompang2 nak kawin bagai nih la tujuannya yer.. pathetic
Anonymous
October 12, 2021 at 8:24 pm
Daripada buat lagu, baik derma untuk mahad tahfiz utk murid tahfiz lgi kot… Saham akhirat lagii kot, drp dunia, xyhla nak buktikn ape2 manusia xkn puas pun
Armadan Hamdan
October 12, 2021 at 10:00 pm
Kan.. Dah la lagu zaman sekarang tak best.. Slow rock zaman 90-an lagi best..
Anonymous
October 12, 2021 at 4:01 pm
Rezeki tue..