Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Ada Sejarah Pedofilia Ke Sampai Tak Boleh Dekat Dengan Cucu – Chef Wan Naik Angin Dengan Bekas Menantu

Susulan isu pelakon Serina Redzuawan yang bakal dipenjarakan, bapa beliau Chef Wan tidak dapat menahan amarahnya lagi dan mendakwa bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh seorang yang biadap dan hipokrit semata-mata untuk menutup kesalahan beliau sendiri.

Advertisement

Chef Wan juga berang dan mempersoalkan tindakan Gavin yang memerintah anak-anaknya tidak boleh tidur bersama datuk mereka sendiri sedangkan daripada kecil beliau banyak membantu serta menjaga kebajikan cucu-cucunya iaitu Tristan Tareef dan Isabella Safiyya.

Tidak gentar dengan segala tindakan Gavin, Chef Wan akan menyerahkan hal tersebut kepada peguamnya dan akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah keluarganya yang dilempar  dengan pelbagai fitnah.

Mungkin ada netizen yang berpendapat Chef Wan terlalu lantang bersuara, tetapi bapa mana yang sanggup melihat anak perempuan mereka  dalam kesusahan dan dihimpit pula dengan pelbagai tuduhan. Semoga isu ini dapat diselesaikan dan keadilan dapat ditegakkan, kesian kepada dua orang kanak-kanak yang masih belum mengerti apa yang berlaku.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

52 Comments

  1. Gorges

    April 27, 2018 at 2:22 pm

    Klu aku cucu CW. I wd be very proud of him cos he defends anak dan cucu. Memang mulut dia celupar. Well thats his trade mark.

  2. peminat chef wan

    April 27, 2018 at 7:58 am

    kalau aku sebagai cucu aku malu dpt atok cmni…….setiap kata2 beliau mengambarkan sifat peribadi

  3. Gorges

    April 26, 2018 at 2:56 pm

    Yess ingat kecik kecik dulu tok opah suka sakat dg macam2 cerita hantu …,,, tepi ku titi. Tengah ku mamah. Miss you tok opah …,

  4. Tk

    April 26, 2018 at 8:31 am

    Gavin ni dah lama duk Malaysia dan jawin dg org Malaysia. Patut dah paham adat dan cara hidup kita disini. most of kids disini nunggu jer tok opah datang atau trip balik kampung ….,, Nak peluk manja2 dg tok opah. Nak dengar cerita ceriti dan lena ‘bawah ketiak’ tok opah. So whats the problem? Gavin kt England tu tak da cerita ,,, tepi ku titi … Tengah ku mamah.

    • Anonymous

      April 29, 2018 at 12:48 am

      cita apa tu

  5. Bawangbrit

    April 26, 2018 at 4:30 am

    Vavavava..gavin dgn ex laki aku xdak beza..hipokrit yakmat tahap depan pgg quran blkg mkn babi..berthn2 aku tanggung mkn minum rokok etc..dpn org baik nk mampos cerita yg elok psl dia smp org igt aku yg xbaik..sekupang nafkah pun xbg..lps ni kat court aku nk claim semua..jgn terpedaya dgn manusia syaitan mcm gavin tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama