Didakwa Langgar Perintah Mahkamah, Serina Redzuawan Bakal Dipenjara?

Hiburan

Didakwa Langgar Perintah Mahkamah, Serina Redzuawan Bakal Dipenjara?

Kemelut antara pelakon Serina Redzuawan bersama bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh semakin panas dan rumit apabila lelaki itu telah memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah pada 17 April lalu.

Advertisement

Gavin memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama dan mendakwa Serina telah melakukan banyak perintah mahkamah yang membolehkan anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan itu dipenjarakan.

Antara perintah persetujuan yang dilanggar oleh Serina ialah membenarkan anak mereka Tristan Tareef dan Isabella Safiyya bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya. Sepatutnya anak-anak harus tidur berasingan dengan Chef Wan. Bukan itu sahaja, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak- anak ketika membangkitkan isu khalwat bekas suaminya baru-baru ini.

Tidak mahu dirinya terus ditindas, Serina menerusi akaun Instagram tampil mempertahankan dirinya  dan menyifatkan tuduhan Gavin sudah keterlaluan dan segala kenyataan yang dibuat sekadar ingin menutup kesalahannya sahaja.

Rata-rata netizen tidak henti memberikan kata-kata semangat buat Serina dan mendoakan agar satu hari nanti kebenaran akan terbongkar jua. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes mereka.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...