Pelakon, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menjalani prosiding Sulh terhadap tuntutan cerai yang difailkan oleh isterinya Diana Danielle.
Bagaimanapun, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak dapat hadir ke mahkamah tanpa menyatakan sebab atau alasan.
Manakala suaminya, Farid memaklumkan dia bakal mengumumkan kejutan khas untuk isterinya dan akan mengadakan sidang media selepas selesai proses Sulh.
Menurut laporan Kosmo, seramai 20 pengamal media telah berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi bagi membuat liputan mengenai kes Sulh pasangan selebriti itu.
Difahamkan, prosiding Sulh adalah proses perbincangan untuk mencapai kata sepakat antara kedua belah pihak.
Sekiranya persetujuan dapat dicapai secara damai dan sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah Mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.