Syamsul & Sarah Bakal Bercerai, Datin Patimah Selar Orang Ketiga? – “Kamu Telah Hancurkan Sebuah Masjid”

Hiburan

Syamsul & Sarah Bakal Bercerai, Datin Patimah Selar Orang Ketiga? – “Kamu Telah Hancurkan Sebuah Masjid”

Terdahulu, pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut peguam syarie mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, pasangan selebriti itu telah pun mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan dengan cara baik dan aman.

Advertisement

Susulan itu, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Datin Patimah meluahkan rasa sedih mendengar berita penceraian anaknya bersama menantu kesayangan.

Bukan itu sahaja, isteri kepada Yusof Haslam itu turut menyentuh soal dosa yang dilakukan oleh seseorang individu yang menjadi orang ketiga dan punca keretakan rumah tangga mereka.

Tambahnya lagi, individu berkenaan bukan sahaja telah menhancurkan sebuah masjid, malah telah membuatkan air mata seorang ibu mengalir.

patimah

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Datin Patimah seakan-akan menujukan luahan tersebut kepada isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar.

Sementara itu, suaminya, Datuk Yusof Haslam mengatakan dia reda dengan ketentuan takdir selain mendoakan yang terbaik buat kedua anak dan menantunya.

Malah, pengarah berusia 68 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia akan tetap menjaga hubungan baik antara keluarga mereka dan keluarga besan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Fikir Soal Anak" - Syamsul Yusof Tarik Semula Tuntutan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...