“Saya Ada Alasan Sendiri..” – Shuhada Nafi Tutup Bisnes ‘Shelup-Shelup’ Sebab Harga Kayangan

Hiburan

“Saya Ada Alasan Sendiri..” – Shuhada Nafi Tutup Bisnes ‘Shelup-Shelup’ Sebab Harga Kayangan

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menafikan harga biskut ‘Shelup-Shelup’ menjadi punca perniagaannya terpaksa ditutup.

Shuhada atau lebih mesra disapa Shu berkata keputusan untuk menghentikan perniagaan tersebut mempunyai sebab tersendiri.

Advertisement

Bagaimanapun, usahawan ‘Satu Tak Cukup’ itu tidak dapat berkongsi mengenai perkata itu kepada umum buat masa ini.

Bukanlah sebab harga kayangan seperti yang didakwa segelintir pihak, malah kami juga sudah menurunkan harga atas permintaan segelintir pihak.

Dalam pada itu, Shu menjelaskan bahawa dia percaya dengan rezeki Allah SWT dan yakin pasti ada ruang untuknya mencari pendapatan pada masa hadapan.

Bagaimanapun, saya ingin membetulkan salah faham apabila ada membuat spekulasi sendiri.

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan mengambil tempahan dan akan menutup semua pesanan pelanggan.

Difahamkan, jualan biskut itu menjadi kontroversi selepas ramai yang mendakwa harganya terlalu mahal iaitu mencecah RM179.00, tidak termasuk kos penghantaran bernilai RM15.00.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

Bisnes 'Shelup-Shelup' Ditutup, Netizen Minta Shuhada Jadikan Fazura Sebagai Contoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...