Bisnes ‘Shelup-Shelup’ Ditutup, Netizen Minta Shuhada Jadikan Fazura Sebagai Contoh

Trending

Bisnes ‘Shelup-Shelup’ Ditutup, Netizen Minta Shuhada Jadikan Fazura Sebagai Contoh

Semalam, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meminta pendapat orang ramai mengenai bisnes biskut ‘Shelup-Shelup’ yang dikeluarkannya sejak dua bulan lalu.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuhada berkata sejak mengusahakan bisnes tersebut dia berhadapan dengan pelbagai ujian and dugaan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia tidak akan lagi mengambil tempahan dan akan menutup semua pesanan pelanggan.

Assalamualaikum semua. Patut shu give up atau teruskan dengan benda baru?

Seperti yang ramai tahu, jualan biskut itu menjadi kontroversi selepas ramai yang mendakwa harga yang diletakkan terlalu mahal iaitu mencecah RM179.00, tidak termasuk kos penghantaran bernilai RM15.00.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang memberi nasihat kepada Shuhada untuk meletakkan harga yang lebih berpatutan dan mampu milik.

Bukan itu sahaja, ada juga penyokong yang meminta usahawan ‘Satu Tak Cukup’ itu untuk menjadikan pelakon, Nur Fazura sebagai contoh.

Difahamkan, Fazura menjual jenama tudungnya dengan harga serendah RM27 sehelai dan mendapat sambutan orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

Shu Umum Bisnes 'Cookies' Terpaksa Ditutup, Ramai Beri Pendapat Yang Sama - "Produk Awak Mahal, T20 Je Boleh Beli"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...