Shu Umum Bisnes ‘Cookies’ Terpaksa Ditutup, Ramai Beri Pendapat Yang Sama – “Produk Awak Mahal, T20 Je Boleh Beli”

Trending

Shu Umum Bisnes ‘Cookies’ Terpaksa Ditutup, Ramai Beri Pendapat Yang Sama – “Produk Awak Mahal, T20 Je Boleh Beli”

Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri atau mesra dipanggila Shu memaklumkan dia bakal menutup bisnes biskut yang dinamakan Shelup Shelup Satu Tak Cukup yang dilancarkan lebih sebulan lalu.

satu tak cukup shelup shelup mahal
1 year ago

"Dipping Sauce Kita Bukan Cap Ayam & Murahan" - Harga Biskut Dikritik Mahal, Shuhada Bersuara

Advertisement

Menerusi Instagram, Shu memuat naik gambar dan berkata bisnes itu dihentikan disebabkan beberapa faktor selain terpaksa lalui bermacam ujian dan dugaan.

Bila start operation Shelup Shelup , shu berhadapan dengan macam macam ujian and dugaan. Walaupun ni normal dalam dunia bisnes, Shu kena simplify business untuk bergerak lebih jauh.”

Shu turut berkata dia akan fokus untuk proses R&D produknya sendiri dan tiada lagi Shelup Shelup yang akan dijual lagi selepas ini.

Meskipun hanya bertahan sebulan lebih, Shu mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikannya sokongan di saat dia baru berkecimpung dalam dunia bisnes baru-baru ini.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan nasihat dan pandangan mereka tentang situasi Shu di mana kebanyakan komen menyentuh tentang harga biskut tersebut.

Menurut mereka, harga biskut dijual itu tidak mampu dibeli oleh golongan B40 dan pelajar dan berkata Shu sepatutnya menjual pada harga yang boleh dibeli ramai.

Ramai turut mendoakan perjalanannya selepas ini dan berharap agar apa jua produk yang dikeluarkan Shu dijual pada harga mampu milik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...