Sebelum ini, kenyataan dikeluarkan oleh aktor terkenal Rosyam Nor telah mendapat perhatian ramai malah mengundang pelbagai kritikan.
Kata aktor tersebut, dia berpendapat rumah pelacuran itu wajar malah menjadi keperluan kerana ia boleh menjadi tempat ramai pekerja asing melempiaskan nafsu mereka.
Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana?
Rosyam bagaimanapun menegaskan ia hanya pendapat peribadinya namun kenyatan itu telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.
Bertentang dengan prinsip ajaran Islam – Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut mengulas tentang itu dan berkata cadangan membuka rumah pelacuran adalah bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah.
Tambahnya, ia bertentangan dengan pruntukan undang-undang sivil dan syariah justeru cadangan itu sepatutnya ditolak oleh masyarakat di Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik atau isu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
“Dia perlu taubat” – Mufti Sabah
Ujarnya lagi, cadangan membuka rumah pelacuran itu sudah mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat kerana merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang negara.
Pelacuran merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah seperti Seksyen 372- menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan; Seksyen 372 A – hidup daripada hasil persundalan atau perdagangan persundalan; Seksyen 372B – mencari langganan bagi maksud persundalan dan Seksyen373 – menguruskan rumah persundalan.
Sementara itu, Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pelacuran itu jelas haramnya tidak kira untuk warga asing mahu pun rakyat Malaysia, begitu jugalah untuk non-Muslim di negara ini.
Walaupun mungkin pada pandangan mereka, mereka takda hukum haram kan? Sebab kita memerintah, kita yang jaga negara ini, maka kita tidak boleh benarkan perkara itu. Jadi, ini satu pandangan yang tersasar jauh daripada syariat Islam dan mesti dibetulkan lah. Dia (Rosyam Nor) kena taubat.