(VIDEO) “Namanya Pun Lelaki, Silap-Silap Dia R*gol Anak Dara Kita” – Rosyam Nor Beri Pendapat Rumah Pelacuran Satu Keperluan?

Hiburan

(VIDEO) “Namanya Pun Lelaki, Silap-Silap Dia R*gol Anak Dara Kita” – Rosyam Nor Beri Pendapat Rumah Pelacuran Satu Keperluan?

Pelakon Rosyam Nor baru-baru ini ada mencuri tumpuan warga maya gara-gara kenyataan pendapat ‘beraninya’ mengenai keperluan rumah pelacuran diwujudkan bagi menampung ‘kemahuan nafsu’ para pekerja asing di Malaysia.

Rosyam dilihat meluahkan pendapat tersebut menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan di Suhan Channel Official TikTok.

Advertisement

Banyak pendatang asing, jaga isteri dan anak perempuan

Dalam podcast tersebut, Rosyam berkata bahawa terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing yang bekerja di negara Malaysia dan rata-ratanya kaum lelaki.

Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Rosyam Nor mengenai keperluan mengadakan rumah pelacuran untuk pendatang asing ini.

Maksiat tidak patut dikawal dengan cara maksiat juga

Namun begitu, ada juga yang tidak bersependapat dan menganggap tiada kerja  kemaksiatan perlu dicegah dengan cara maksiat dan seharusnya mendahulukan hukum Allah.

Sesetengah netizen turut menganggap pendapat Rosyam sebagai jauh menyimpang selain mempersoalkan tentang di mana pusat pelacuran sepatutnya dibuka di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khai bahar
4 months ago

Difitnah Berkawan Dengan G*yboy, Khai Bahar Luah Rasa Kesal - "Kaitkan Dengan Arwah Mak Aku, Aku Sedih!"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...