Satu Lagi Kemalangan Pesawat, Pelatih Juruterbang Hilang Kawalan Semasa Mendarat Di Melaka

Berita

Satu Lagi Kemalangan Pesawat, Pelatih Juruterbang Hilang Kawalan Semasa Mendarat Di Melaka

Satu lagi kes kemalangan kecil melibat pesawat jenis Piper 28 dilaporkan telah hilang kawalan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Baru Berendam, tengah hari tadi.

Memetik Harian Metro, seorang pelatih juruterbang wanita berusia 23 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit di mana dia memaklumkan pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) itu mengalami insiden berkenaan kira-kira jam 12.16 tengah hari tadi.

Tiada kecederaan dialami mangsa dan dia hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan.

Selain itu, pesawat terbabit juga sudah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada jam 12.50 tengah hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Facebook
9 months ago

Tinggal Kenangan, Gurauan Manja Pemandu E-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Jadi Memori Terakhir Si Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...