Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Satu Keluarga Positif COVID-19, Siti Sarah Risaukan Bayi Dalam Kandungan

Siti Sarah dan keluarga

‘Berderau darah’, itulah perasaan yang dapat diungkapkan penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah apabila pembantu rumahnya telah disahkan positif wabak COVID-19, semalam.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Siti Sarah, suami Shuib Sepahtu dan tiga anak mereka dilaporkan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mengesan kehadiran wabak tersebut dan telah disahkan positif.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil 7 bulan berkata, dia begitu risau dengan keadaan anak-anaknya yang masih kecil malah ada yang sudah pun mengalami demam.

“Assalamualaikum semua…kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ini. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif COVID-19. Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada…”

Advertisement

Katanya lagi, dia hanya perlu kuat kerana sedang hamil dan turut memohon doa agar segalanya dipermudahkan daripada peminat dan orang ramai di luar sana.

Siti Sarah dan KeluargaSumber : Google  

Maklum Sarah, mereka kini sudah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Sekadar info, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra,8, dan Ariq Matin yang kini berusia 6 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Sabri Ali @ Nick

    July 27, 2021 at 7:44 pm

    SEMOGA CEPAT SEMBUH.. AMIN..

  2. Proton

    July 27, 2021 at 3:48 pm

    Semoga cepat kembali sihat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top