Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nak Barang Ikut Tekak Sendiri..” Ada Minta Beli Baju Online, Siti Sarah Luah Rasa Kesal

Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah menzahirkan perasaan kesal apabila wujud segelintir individu yang seolah-olah mengambil kesempatan dalam saat kesulitan melanda.

Advertisement

Isteri kepada pelawak Shuib itu yang kini aktif menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini turut kecewa apabila ada antara mereka yang tamak dan tergamak meminta barangan yang tidak sesuai dengan situasi.

Ujarnya lagi, aktiviti (memberi bantuan) mula menjadi tidak seronok kerana ada yang melampaui batas ketka meminta pertolongan darinya.

“Contohnya minta belikan baju dalam talian atau kerusi selesa sebab nak bekerja dari rumah. Ada juga kes yang minta bantuan tapi nak barang yang ikut tekak sendiri.”

Sehubungan itu, Sarah berharap orang ramai yang memerlukan bantuan untuk lebih bertimbang rasa dan mengutamakan mereka yang benar-benar memerlukan.

Advertisement

“Ini tak, ada cukup makan pakai tempat tinggal segala, minta bantuan nak daging macam-macam. Tolong jangan ambil kesempatan.” pintanya lagi.

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kenyataannya ini tidak perlu disalah anggap dan bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi cuma ingin meringankan beban mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top