“Satu Je?!” – Individu Terkedu Beli ‘Jajan’ Jenama Popular Tapi Angin Lebih Dari Isi

Kehidupan

“Satu Je?!” – Individu Terkedu Beli ‘Jajan’ Jenama Popular Tapi Angin Lebih Dari Isi

Biarpun sejak kebelakangan ini kita selalu dengar harga di bazar Ramadan tak masuk dek akal, namun makanan lain juga turut terasa mahal buat si pembeli.

Walaupun merasakan harga yang dibayar agak mahal, tetapi disebabkan teringin ataupun mengidam untuk merasanya, pembeli pasti akan membelinya juga.

Advertisement

Seperti perkongsiaan seorang pengguna TikTok ini, dimana dia terkedu apabila mendapati makanan ringan yang dibeli hanya dipenuhi dengan ‘angin’ dan bukannya isi.

Biarpun boleh dikatakan ‘jajan’ itu mempunyai nama yang besar dalam industri makanan ringan di Malaysia, isi yang dapat dilihat tidak mengambarkan jenama itu langsung.

Dia telah mengoncang dulu sebelum membuka dan alangkah terkejutnya apabila mendapati isi ‘jajan’ tersebut hanya satu!

komen tiktok

Menjengah di ruangan komen hantaran video terbabit, netizen kebanyakkannya terhibur dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka itu dan ada juga yang memesan agar individu tersebut untuk membuat aduan kepada pihak syarikat makanan ringan berkenaan.

Namun difahamkan, individu itu tidak mahu memanjangkan cerita dan pasrah dengan apa yang berlaku.

bazar ttdi kena boikot
2 years ago

(VIDEO) Akibat Jual Makanan Harga ‘Cekik Darah’, Gerai Viral Jual Nasi Beriani TTDI Tiada Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...