(VIDEO) Akibat Jual Makanan Harga ‘Cekik Darah’, Gerai Viral Jual Nasi Beriani TTDI Tiada Pelanggan

Kehidupan

(VIDEO) Akibat Jual Makanan Harga ‘Cekik Darah’,  Gerai Viral Jual Nasi Beriani TTDI Tiada Pelanggan

Menjelang saja bulan Ramadan, pastinya kita akan disajikan dengan kisah-kisah serta pengalaman orang ramai membeli hidangan di bazar yang mungkin melucukan atau tidak memuaskan hati.

Advertisement

Kemeriahan itu pastinya bertambah dengan aneka juadah yang hanya boleh didapati di bulan Ramadan seperti contoh kuih tepung pelita, murtabak dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah gerai menjual nasi beriani di bazar Ramadan berlokasi di Taman Tun Dr Ismail yang didakwa terlalu mahal sehingga ia menjadi bahan bualan orang ramai.

Dakwa netizen, gerai itu menjual nasi beriani daging berharga RM20 namun lauk yang diberikan tidak setanding dengan harga yang dibayar di mana hanya dapat seketul daging, telur rebus yang tidak dikopek serta tiada lauk sayur.

Setelah menerima pelbagai kecaman dan kritikan, seorang pengguna media sosial iaitu @lokim_hyder khabarnya telah mengemaskini suasana gerai tersebut, sehari setelah kecoh mengenai jualannya.

 

@lokim_hyderKerana nilai tiada yg beli? HINGGA TUA BERSAMA RIZKY FEBIAN – sadvibes?

Dalam video tersebut, gerai itu lengang tanpa kehadiran orang ramai kerana tiada sesiapa yang datang untuk membeli juadah nasi beriani daging tersebut.

Berniaga jangan fikir terus nak untung banyak. Nanti rugi. Meniaga biar orang lain puas hati, orang datang repeat beli. Baru untung yang betul. – netizen

Namun, ada juga yang mendakwa bahawa juadah yang dijual sebenarnya sudah habis dijual dan peniaga tersebut sedang mengemas barang-barang mereka untuk pulang.

lelaki berbogel di lobi genting highland
2 years ago

(VIDEO) Lelaki Bercuti Dengan Keluarga Di Genting Tiba-Tiba 'Londeh' Baju Depan Orang Ramai, Didakwa Stress Kerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...