Biarpun sejak kebelakangan ini kita selalu dengar harga di bazar Ramadan tak masuk dek akal, namun makanan lain juga turut terasa mahal buat si pembeli.
Walaupun merasakan harga yang dibayar agak mahal, tetapi disebabkan teringin ataupun mengidam untuk merasanya, pembeli pasti akan membelinya juga.
Seperti perkongsiaan seorang pengguna TikTok ini, dimana dia terkedu apabila mendapati makanan ringan yang dibeli hanya dipenuhi dengan ‘angin’ dan bukannya isi.
Biarpun boleh dikatakan ‘jajan’ itu mempunyai nama yang besar dalam industri makanan ringan di Malaysia, isi yang dapat dilihat tidak mengambarkan jenama itu langsung.
Dia telah mengoncang dulu sebelum membuka dan alangkah terkejutnya apabila mendapati isi ‘jajan’ tersebut hanya satu!
Menjengah di ruangan komen hantaran video terbabit, netizen kebanyakkannya terhibur dengan apa yang diperlihatkan oleh mereka itu dan ada juga yang memesan agar individu tersebut untuk membuat aduan kepada pihak syarikat makanan ringan berkenaan.
Namun difahamkan, individu itu tidak mahu memanjangkan cerita dan pasrah dengan apa yang berlaku.