Sudahlah baru pertama kali bertemu, malah ditinggal tanpa khabar berita.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang ditinggalkan seorang lelaki ketika berjumpa untuk pertama kali di sebuah restoran yang agak mewah sehingga mengundang tanda-tanya.
Perkara tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @helomilo yang memaklumkan bahawa dia menunggu selama satu jam namun pemuda tersebut tidak kunjung tiba.
Difahamkan, lelaki itu memberi alasan untuk mengambil barang dalam kereta sebelum menghilangkan diri sehingga makanan yang sudah dipesan sampai ke meja.
Malah, wanita itu juga mendakwa lelaki itu bertindak menyekatnya di laman sosial Instagram.
Meninjau ruangan komen, pengguna aplikasi itu rata-rata berpendapat bahawa lelaki itu mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia bertindak demikian.
![TikTok](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/01/25162850/New-Project-58-21.jpg)
“Lain kali lepak mamak senang, tak semua orang berduit, mungkin bila diajak makan tempat macam ni (restoran mahal) lelaki itu risau tiada duit.” komen seorang netizen.
“Kalau nak tolak pun, sepatutnya habiskan dahulu temu janji pertama ini. Cara ini boleh buat orang trauma tak nak keluar temu janji.” tulis seorang pengguna yang lain pula.
Anda ada pengalaman ditinggalkan seperti ini? Kongsikan kepada kami di bahagian komen!