“Dah Mandi Baby..” – Budak Darjah 2 Rancak ‘Chat’ Dengan Kekasih, Tapi Sunyi Masa PDPR

Kehidupan

“Dah Mandi Baby..” – Budak Darjah 2 Rancak ‘Chat’ Dengan Kekasih, Tapi Sunyi Masa PDPR

Sedia maklum, sepanjang tempoh Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dilaksanakan, ibu bapa terpaksa membeli telefon pintar atau tablet buat anak-anak untuk kemudahan mengikuti kelas atas talian.

Namun, menerusi perkongsian seorang pengguna di Facebook baru-baru ini, beliau ada memuat naik beberapa keping gambar memaparkan WhatsApp seorang murid darjah dua selepas telefon bimbitnya dirampas.

Advertisement

Apa yang mengejutkan serta membuka mata wanita itu untuk sentiasa memantau penggunaan anak-anak dengan telefon pintar adalah isi kandungan di dalam telefon itu sendiri.

murid darjah 2 main phone

Menurut pengguna Facebook itu, budak ini merupakan murid yang senyap ketika PdPR dijalankan tetapi rancak berbual dengan kekasih hati melalui aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa memeriksa telefon pintar anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

Menerima pelbagai reaksi dari warganet, wanita itu tampil memberi penjelasan bahawa niatnya bukan untuk memalukan murid berkenaan tetapi sekadar peringatan buat ibu bapa diluar untuk sentiasa peka dan pantau penggunaan anak-anak dengan telefon pintar.

murid darjah 2 main phone

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan pengguna tersebut merupakan guru buat pelajar berkenaan ataupun hanya seseorang yang menulis dari pengalaman orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

polis
2 years ago

Gara-Gara Berebut Pelajar Perempuan, 'Junior' Dipukul 10 'Senior'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : B.Cari

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...