Gara-Gara Berebut Pelajar Perempuan, ‘Junior’ Dipukul 10 ‘Senior’

Berita

Gara-Gara Berebut Pelajar Perempuan, ‘Junior’ Dipukul 10 ‘Senior’

Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah teknik di daerah Melaka Tengah cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior gara-gara berebut pelajar perempuan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis telah dibuat oleh abang mangsa pada 5.15 petang semalam.

Advertisement

Menurutnya, hasil siasatan awal motif kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati pelajar senior terhadap mangsa kerana meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah tersebut.

polis

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat telah dibuli pelajar senior sehingga cedera di belakang badan, dada dan kaki.

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi di asrama sekolah berkenaan. Mangsa turut mendakwa sebelum ini pernah ditahan oleh seorang pelajar senior atas kesalahan menghisap vape.

Mangsa telah ditumbuk di bahagian perut oleh pelajar senior dan dipukul secara beramai-ramai di dalam bilik asrama.

pukul

Tambahnya lagi, mangsa yang dalam kesakitan kemudian dipaksa berlawan dengan salah pelajar senior berkenaan sehingga mengalami bengkak serta luka di bahagian badan dan kaki.

pembantu rumah gaji RM25000
2 years ago

Gaji Boleh Cecah RM25K, Orang Ramai Risau Pembantu Rumah Lari Lepas Dapat Duit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...