Baru-baru ini, pelakon Ruhainies membuat pengguna media sosial tertanya-tanya sama ada beliau sudah ingin menamatkan zaman bujangnya setelah dia memuatnaik satu video di Instagram dimana dia menggenakan busana pengantin.
Menurut Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, video dirinya memakai busana pengantin itu hanyalah untuk satu gambaran kepada pelancaran makanan ringannya nanti.
Itu bukan video prewedding. Mentang-mentang dalam video ‘teaser’ itu saya mengenakan gaun pengantin, tapi itu bukan bermaksud nak kahwin pun.
Insya-Allah tepat pukul 6 petang nanti saya dan team akan memuat naik video penuh sekali gus menamatkan persoalan dan teka-teki pengikut mengenai perihal perkahwinan saya,
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, initipati video yang telah dimuatnaik olehnya di dalam akaun Instagram tempoh hari hanyalah 30 peratus berkisahkan tentang produk makanannya itu sahaja.
Ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinan bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr. E itu, pelakon drama Cukup Derita Itu berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.