Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Risteena Tempelak Netizen Sangka Ruhainies Hamil, ,-“Jangan Tanya Soalan Macam Orang Tak Pergi Sekolah!”

Ruhainies

Baru sahaja bergelar suami isteri, pelakon Risteena Munim dan suami, Isa Khan ada memuat naik foto kenangan sepanjang majlis perkahwinan di laman Instagram mereka sebagai perkongsian bersama peminat di luar sana.

Namun, yang lebih menarik perhatian warga maya adalah apabila ada sebuah foto memaparkan Ruhainies, adik kepada Risteena ber’posing’ seolah-olah menampakkan dirinya seperti sedang hamil.

Advertisement

Disebabkan itu, muncul pula seorang pengguna media sosial yang bertanyakan adakah pelakon genit itu kini sedang mengandung kerana melihatkan perut sedikit buncit itu.

“Pregnant ke apa tu?” tanya individu terbabit menerusi ruangan komen di hantaran foto tersebut.

Enggan mendiamkan diri, Risteena tampil ‘back up’ adiknya dan menjawab soalan individu tersebut.

Komen IG RisteenaSumber : Instagram Risteena  

Terdahulu, Risteena Munim telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Isa Khan pada tanggal 12 Mac yang lalu di sebuah majlis ringkas bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persukutan Putrajaya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. nlvlr

    March 22, 2021 at 10:20 pm

    lawak tgk mekap ruhainies, mcm terjatuh dlm guni tepung

  2. kak m

    March 22, 2021 at 3:39 pm

    tu ke mr e tuh??

  3. tecit

    March 22, 2021 at 2:39 pm

    post yg die komen tu pon post risteena. mesti ruhaines mls nk layan. kakak die la tlg jwbkan. kt ig die. eh korg ni kan. sebokkkk je. dah berat naik nk buat camne. aku rase kan gambar ni mesti ruhaines xup kt ig die. biasela dlm byk2 gmba mesti kte akn pilih yg kte suke je. risteena plak xpasan die terupload gmba adik die buncit. die dok tgk muke aku lawa je ok dah yg lain xpikir. haha. geng2 pempuan mesti pahammm.

  4. Anonymous

    March 22, 2021 at 11:04 am

    writer orite tak orite ni???

    rasanya yang balas “jangan tanya solan macam tak pergi sekolah” rasanya si risteena….
    bukannya ruhainies… ?

    tapi tak tahu lah yang komen tu sebenarnya si ruhainies yang komen guna ig risteena…
    or
    human mistake kut…. bangun pagi2 kne tulis gosip…. mamai lagi mungkin…

    hahahaha…

    • yeke

      March 22, 2021 at 12:22 pm

      Betul bukan yg reply tu risteena ke kakak ruhainees

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top