Sarah Yasmine Akur Dapat Notis Perintah Mahkamah, Terpaksa Tahan Diri Isu Komen ‘Goodbye’ Daripada Aliff Aziz

Hiburan

Sarah Yasmine Akur Dapat Notis Perintah Mahkamah, Terpaksa Tahan Diri Isu Komen ‘Goodbye’ Daripada Aliff Aziz

Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine akur apabila dia memaklumkan ada menerima notis perintah dari mahkamah oleh penyanyi dan pelakon itu.

Menurut Sarah yang dihubungi satu portal media bagi mengulas kenyataan ‘goodbye’ dari Aliff Aziz terhadapnya, dia telah dilarang untuk membuat sebarang pendedahan di media sosial.

Advertisement

Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi komen mengenai pendedahan Aliff. Saya dah terima notis perintah untuk saya tidak menyebut mengenai dirinya.

Jadi, saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

Namun begitu, Sarah memaklumkan dia tidak akan duduk diam sebaliknya akan menyelesaikan isu tersebut di mahkamah bersama peguam yang dilantiknya.

Saya tetap akan lawan balik di mahkamah bersama peguam. Saya tahu diri saya tak salah. Saya sudah beritahu dia (Aliff) sebelum keluar arahan dari pihak mahkamah.

Saya dengan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Saya akan full on go against dia with everything and now, with the court order.

Dia juga berkata tidak kisah jika ada orang di luar sana yang melabelnya sebagai meroyan atau terhegeh-hegeh terhadap Aliff Aziz.

Terdahulu, aktor Aliff Aziz ada menyampaikan pesanan buat wanita itu untuk terus menikmati kemahsyuran ‘5 minit’ selain mengucapkan selamat tinggal kepada Sarah Yasmine.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz sarah yasmine
3 months ago

"Sarah Yasmine, Harap 'You Enjoy This 5 Minutes Fame' & Tidur Lena, Goodbye" - Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...