Sara Enam Janda Sejak Lapan Tahun Lalu, Ahmad Dhani Berpegang Pada Janji

Hiburan

Sara Enam Janda Sejak Lapan Tahun Lalu, Ahmad Dhani Berpegang Pada Janji

Penyanyi dan juga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani masih berpegang pada janji untuk menyara enam orang wanita yang telah kehilangan suami sejak lapan tahun yang lalu.

Agnes Monica
3 years ago

Akan Bernikah Dengan Lelaki Muslim, Agnes Monica Bakal Jadi Mualaf?

Advertisement

Difahamkan Ahmad Dhani berbuat demikian kerana wanita-wanita tersebut telah kematian suami akibat kemalangan yang berlaku pada tahun 2013 akibat kecuaian anaknya sendiri, Dul Jaelani.

Jelas Ahmad Dhani, sepanjang tempoh tersebut, dia berusaha sebaiknya untuk menangggung kehidupan enam wanita tersebut meskipun ia bukanlah tertakluk dalam undang-undang mahupun sebagai hukuman daripada kemalangan yang berlaku.

Kalau masih ingat, dulu saya berjanji menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami, meninggal dunia kerana dilanggar anak saya. Sehingga sekarang saya masih tunaikan janji itu.

Hanya mengotakan kata dan janji, Ahmad Dhani turut memaklumkan bahawa anaknya Dul turut menyara salah seorang daripada wanita dan keluarganya manakala lima lagi keluarga mangsa disara oleh penyanyi lagu Masih Ada itu.

Dia juga menjelaskan bahawa mungkin akan terus menanggung keluarga mangsa sehingga anak-anak mereka selesa pengajian masing-masing.

“Dul juga ada menyara salah seorang wanita, jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku, ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil..” ujar Dhani lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...