“Sape Fitnah Tu Baik Minta Maaf” – ‘Upload’ Video Solat Bersama, Bukti Noor Nabila Dan Engku Emran Masih Bersama

Hiburan

“Sape Fitnah Tu Baik Minta Maaf” – ‘Upload’ Video Solat Bersama, Bukti Noor Nabila Dan Engku Emran Masih Bersama

Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial berita mengenai rumah tangga kakak selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila bersama suami, Engku Emran sudah retak kerana foto perkahwinan mereka sudah tiada lagi di Instagram Nabila.

Dalam pada itu, lagi membuatkan berita itu bertambah ‘marak’ apabila media di Indonesia membuat spekulasi bahawa pasangan terbabit sudah sah bercerai.

Advertisement

Bagaimanapun, hantaran terbaru Nabila di TikTok merakam gelagat anak lelakinya, Jebat Jayden ketika solat bersama-sama telah menarik perhatian ramai.

Bukan hanya netizen ‘cair’ dengan karenah anak kecil itu tetapi netizen turut tertarik untuk melihat video itu kerana jelas terlihat Engku Emran solat bersama-sama mereka.

Perkongsian berkenaan telah membuka mata warganet bahawa perkahwinan Nabila bersama suami masih baik dan mereka masih tinggal sebumbung.

noor nabila dan engku imran masih bersama

noor nabila dan engku imran masih bersama

Meninjau di ruangan komen, netizen rata-ratanya meminta agar pihak yang memfitnah untuk segera meminta maaf kepada pasangan itu kerana dakwaan yang dilakukan agak berat.

Selain itu kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

Padam Gambar Nikah & Foto Bersama Engku Emran, Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. anonymous

    August 15, 2022 at 10:05 am

    SEWEL sendiri buat pitnah utk diri sendiri low IQ

Tinggalkan Komen Anda Di Sini