Padam Gambar Nikah & Foto Bersama Engku Emran, Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya

Hiburan

Padam Gambar Nikah & Foto Bersama Engku Emran, Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya

Tindakannya memadam gambar bersama suami termasuk foto perkahwinan mereka menimbulkan tanda tanya ramai netizen tentang status rumah tangga mereka.

Menurut mStar, tinjaun ke Instagram Noor Nabila, 37, mendapati usahawan itu juga turut menukar gambar profil di Instagram peribadinya itu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, gambar berdua bersama anak lelakinya, Jebat Jayden ketika Hari Raya Aidiladha baru-baru ini turut mendapat pelbagai reaksi dan komen apabila netizen bertanyakan keberadaan Engku Emran.

Nabila juga menguatkan lagi spekulasi selepas dia dikatakan memuat naik perkongsian di Instagram story petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai dan juga tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

Menerusi petikan lain, Nabila turut berkongsi tulisan Jade Torres yang mengatakan bahawa seseorang itu berhak mendapat pasangan yang sesuai dan menyedari cinta, bukannya bertepuk sebelah tangan.

Terdahulu, gosip tentang perkahwinan pasangan itu dikatakan berantakan dan pada Jun lepas juga timbul khabar angin bahawa hubungan mereka bermasalah.

Nabila menafikan dakwaan itu dan memaklumkan rumah tangganya dalam keadaan baik selain berkata dia memilih untuk menjaga privasi daripada menjadi tatapan umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nurhaliza interview
4 bulan lalu

(VIDEO)"Dah Tak Ada Modal Ke?"- Disoal Isu Rumah Tangga Puteri Sarah, Peminat TokTi Kecam Wartawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 1, 2022 at 12:17 pm

    dia nak batang baru lagi.
    mungkin kelurga lopak boleh bantu bagi

  2. Rahsia

    July 31, 2022 at 9:57 pm

    Dia mmg player+take things for granted ? masa nak kemain hot air balloon bagai ?? dah dpt dah la, xreti appreciate ppfftt p kat sharnaaz balik jela
    Nabila
    Oooi huhu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...