Sanusi Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Banjir, Orang Kedah Bangga

Kehidupan

Sanusi Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Banjir, Orang Kedah Bangga

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat memandu sendiri lori ketika menyampaikan bantuan air kepada rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Sanusi dilihat cermat membawa lori dalam sebuah perkongsian video di laman Facebook Halaman Pas Kawasan Pendang  di mana dia dilihat memandu melalui jalan sempit di kawasan kampung.

Advertisement

Menerusi perkongsian gambar pula, dia dilihat membantu penduduk mengisi air daripada tangki di atas lori yang dibawanya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai nampaknya rakyat Kedah memuji cara kepimpinan Menteri Besar penuh kontroversi itu yang dikatakan berjiwa rakyat.

Ada juga yang tampil berseloroh dengan mengatakan Sanusi seorang yang serba boleh kerana pernah memandu jentolak, bot dan juga kenderaan 4×4.

Dalam satu hantaran yang lain, Sanusi menerusi laman Facebooknya menzahirkan perasaan simpati dengan masalah air yang dihadapi oleh rakyat Kedah.

 

Maklumnya, SADA melalui Pengurusan Wilayah Kedah Timur dan Ibu Pejabat sedang berusaha bagi mencari penyelesaian tersebut.

Sanusi TMJ
2 years ago

"Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah.."- 'Perang Mulut' Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...