Sanggup Gemuk Balik, Man Raja Lawak Buktikan Tak Pernah Potong Usus

Hiburan

Sanggup Gemuk Balik, Man Raja Lawak Buktikan Tak Pernah Potong Usus

Pelawak Man Raja Lawak khabarnya sanggup menaikkan berat badannya kembali bagi membuktikan dia tidak pernah menjalani pembedahan memotong usus ataupun bariatric.

Man Raja Lawak
3 years ago

Lepas 'Gian' Tunggang Motor Sampai Putrajaya, Man Raja Lawak Guna Masa Sebaiknya Bersama Isteri

Advertisement

Jelas Man, berat badannya kini sudah mencecah 91 kilogram selepas tidak mengamalkan diet dan makan dalam jumlah yang banyak.

https://www.instagram.com/p/CU3k5EAPcrB/?utm_source=ig_web_copy_link

Perkara tersebut dikongsikan Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Bin Kasim menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Man turut memuat naik foto terbarunya dengan perut yang sedikit buncit.

Terkini, 11.10 Isnin, berat abang 91kg..sebulan juga abang hentam makan kaw kaw tak jaga semata-mata nak buktikan abang tak potong usus. Mustahil lah usus boleh panjang balik dalam masa sebulan kan?

Menurut Man, jika dia kurus kembali selepas ini, diharap tiada lagi yang menuduhnya mengambil barang terlarang atau mempunyai penyakit kencing manis.

Terdahulu, Man telah tampil dengan penampilan terbaru yang lebih kurus sehingga ada yang menuduhnya membuat pembedahan bariatrik dan mengambil bahan terlarang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...