Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lepas ‘Gian’ Tunggang Motor Sampai Putrajaya, Man Raja Lawak Guna Masa Sebaiknya Bersama Isteri

Man Raja Lawak

Pelawak Man Raja Lawak nampaknya tidak ketinggalan memanfaatkan masa sebaiknya berikutan kerajaan telah membenarkan rakyat untuk keluar berhibur sementelah berkurung agak lama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebelum ini.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim,44, berkata dia cuba menceriakan hati isterinya yang sudah lama berada di rumah dengan berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama rakannya yang lain.

Advertisement

Kita ambil peluang ni (kelonggaran kerajaan) untuk keluar dating.. dalam masa sama nak hilangkan tekanan sebab dah lama sangat duduk rumah. Saya pilih untuk pergi ride dengan isteri untuk lepaskan gian. Saya bawa dia pergi sarapan roti canai kuah kari kambing di area Keramat dan lunch di Putrajaya.

Memang seronok, tengok wajah dia pun tahu dia happy. Saya sendiri rasa macam sedang dilamun cinta dengan isteri..rasa macam dalam filem Azura bawa awek kat belakang.

Dia yang dihubungi media menjelaskan bahawa lokasi Putrajaya menjadi pilihan memandangkan kawasan tersebut tidak terlalu padat dengan orang ramai.

BACA: Selalu Banding Diri Dengan Artis Kacak, Man Raja Lawak Tak Kisah Dicop ‘Feeling’

Man dalam pada itu menegaskan tidak mahu terlalu berseronok hingga memudaratkan diri.

“Kena sentiasa pakai mask, jangan lupa ikut SOP supaya kita semua terhindar wabak ini. Jangan sampai kelonggaran ini dibekukan balik. Ambil la peluang kemudahan ni dan kita kena patuhi nasihat kerajaan.” ujarnya mengakhiri bicara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top