“Sanggup Dia Lagakan Keluarga Saya..” – Ayu Puteh Kecewa Pelakon Wanita Tak Kenang Budi

Hiburan

“Sanggup Dia Lagakan Keluarga Saya..” – Ayu Puteh Kecewa Pelakon Wanita Tak Kenang Budi

Penerbit Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak mengenang budi seorang pelakon wanita baharu yang dibantu sejak dua tahun yang lalu.

4 years ago

"Zaman Sekarang No Money No Cinta!"Ayu Puteh Sedar Ramai Nak 'Try' Anaknya Wanna Ali, Dakwa Bercinta Dengan Hun Haqeem?

Advertisement

Menurut Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, dia berasa terkilan apabila pelakon wanita yang diangggap seperti anak sendiri itu sanggup menabur fitnah dengan mereka-reka cerita dan memburukkan dirinya serta keluarga.

Sanggup dia melaga-lagakan keluarga saya sana sini, selama ni saya menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tapi ini balasan yang saya dapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Normashayu Puteh (@ayuputeh)

Dalam pada itu, Ayu turut memberitahu kepada pihak mStar bahawa untuk dirinya memaafkan serta menerima semula individu tersebut memang tidak akan terjadi kerana wanita tersebut sehingga kini tidak menghubungi Ayu untuk menjernihkan keadaan.

Tambahnya lagi, Ayu berkata mungkin silapnya kerana terlalu mempercayai orang luar yang sudahnya memakan dirinya sendiri.

Ayu Puteh dan keluarga

Sebelum ini, penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini menulis luahan rasa bengang di akaun Instagramnya terhadap seorang pelakon baharu yang disifatkan tidak mengenang jasanya.

Luahan beliau itu menimbulkan tanda tanya dan persoalan dari netizen yang mahu mengetahui siapakah gerangan pelakon wanita baharu tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...