“Sampai Koyak Rabak Baju!” – Netizen Geram Ibu Bapa Biar Anak ‘Royal Rumble’ Anak Orang Lain Di Playground

Kehidupan

“Sampai Koyak Rabak Baju!” – Netizen Geram Ibu Bapa Biar Anak ‘Royal Rumble’ Anak Orang Lain Di Playground

Tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kawasan permainan ‘indoor’ namun keadaan kemudian dilihat menjadi tidak terkawal sehingga terjadinya sebuah pergaduhan kecil.

Rakaman CCTV itu sekaligus menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya geram dengan sikap ibu bapa yang tidak ambil endah dengan sikap anak-anak mereka apabila bermain.

Advertisement

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berbaju putih digasak oleh beberapa budak lain sehingga terkoyak baju yang dipakainya.

Perlakuan ganas kanak-kanak tersebut turut menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana ianya boleh mencetuskan gejala buli di kemudian hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsikan pengalaman masing-masing kerana mereka pernah  berhadapan situasi seperti ini dan kebanyakan berpendapat bahawa ibu bapa sepatutnya lebih cakna dan memantau perlakuan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam.

Komen TwitterSumber : Twitter 

“Kesiannya lahai. Parents yang ada anak laki2, tak payah la fikir normal la tu bergasak bertumbuk sepak terajang. Nak buat semua tu pergi kelas martial arts. Gasak la kat gelanggang. Bukan pukul anak orang. Kecik-kecik dah macam setan.” tulis seorang pengguna media sosial.

masak nasi
2 years ago

"Naik Loya Tekak" - Nasi Lama Tak Dikeluarkan Dah Masak Baru, Netizen Kata 'Next Level' Punya Pemalas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...