Tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kawasan permainan ‘indoor’ namun keadaan kemudian dilihat menjadi tidak terkawal sehingga terjadinya sebuah pergaduhan kecil.
Rakaman CCTV itu sekaligus menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya geram dengan sikap ibu bapa yang tidak ambil endah dengan sikap anak-anak mereka apabila bermain.
Aduhai dik, panjang lagi perjalanan hidup ko. Mak bapak ko mana dikkkk tak reti ajar erti kehidupan ke ???? letih la aku dengan orang tak reti jaga anak ni baik jadi lembu la. Dapat kt aku ni memang kene tarik sideburn ko pic.twitter.com/GrzUYHxdkd
— yink yank (@liyanalunia) February 24, 2022
Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berbaju putih digasak oleh beberapa budak lain sehingga terkoyak baju yang dipakainya.
Perlakuan ganas kanak-kanak tersebut turut menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana ianya boleh mencetuskan gejala buli di kemudian hari.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsikan pengalaman masing-masing kerana mereka pernah berhadapan situasi seperti ini dan kebanyakan berpendapat bahawa ibu bapa sepatutnya lebih cakna dan memantau perlakuan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam.
“Kesiannya lahai. Parents yang ada anak laki2, tak payah la fikir normal la tu bergasak bertumbuk sepak terajang. Nak buat semua tu pergi kelas martial arts. Gasak la kat gelanggang. Bukan pukul anak orang. Kecik-kecik dah macam setan.” tulis seorang pengguna media sosial.