Tak semua orang ada hubungan yang rapat dengan adik beradik yang lain tetapi seperti kata pepatah, air yang dicincang tak akan putus.
Kalau bergaduh sekali pun, ikatan kekeluargaan itu eventually akan bersatu semula. Tetapi, bagi adik beradik yang sangat rapat antara satu sama lain semestinya mempunyai hubungan yang sweet.
Seorang lelaki yang juga merupakan TikToker terkenal meraih perhatian ramai warganet selepas dia dilihat menangis ketika majlis pernikahan adik perempuannya.
Shafiq Nizam merupakan anak sulung dan baru-baru ini adiknya yang juga anak kedua telah disatukan dengan pilihan hati dalam satu majlis.
Rakaman menunjukkan Shafiq menangis dan berkali-kali lap air mata sambil menundukkan wajahnya ketika mahu menahan sebak. Bukan itu sahaja, Shafiq malah keluar dari bilik acara tersebut kerana tidak dapat menahan emosi sehingga dilihat menangis teresak-esak.
Bahkan, dia terpaksa dipujuk oleh seorang gadis dipercayai teman wanitanya. Menerusi video itu, Shafiq menjelaskan dia sayang dengan adiknya dan wanita itu banyak membantunya ketika dia memerlukan.
Ramai netizen akui turut sebak selepas melihat rakaman tersebut yang menunjukkan Shafiq menangis teruk kerana sedih untuk melepaskan adik tersayang. Mereka kagum melihat kasih sayang seorang abang terhadap adik perempuannya dan ia nampak sangat ikhlas, bukan dibuat-buat.
Rata-ratanya turut cemburu melihat keakraban dua beradik tersebut dan memuji mereka kerana tidak segan untuk menunjukkan hubungan yang rapat itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.