“Dia Bergurau Dengan Akak Pun Aku Jeles” – Individu Mengaku Minat Abang Ipar, Siap Pura-Pura Sakit Nak Diurut

Kehidupan

“Dia Bergurau Dengan Akak Pun Aku Jeles” – Individu Mengaku Minat Abang Ipar, Siap Pura-Pura Sakit Nak Diurut

Sudah jadi trend ketika ini seseorang meluahkan perasaan dan pendapat atau dipanggil confession di aplikasi media sosial menggunakan identiti ‘anonymous‘.

Kadang kala confession itu dibuat menerusi ruangan soal jawab atau ada juga yang terus menghantar mesej kepada ‘tweetfamous’ untuk disiarkan menerusi ciapan.

Advertisement

isteri minta cerai suami bagi nafkah sikit
2 years ago

"Nak Bersalin Hospital Swasta Je" - Tuntut Cerai Sebab Suami Bagi Nafkah Sikit, Rupanya Isteri 'Demand' Lebih

Seperti baru-baru ini, di mana satu akaun Twitter telah berkongsi direct message yang diterimanya daripada salah seorang pengikut.

Menerusi ciapan tersebut, anonymous yang dipercayai seorang wanita itu telah meluahkan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap abang iparnya sendiri.

Malah, dia turut mengaku berasa cemburu melihat kakaknya dan abang ipar bergurau senda. Bukan itu sahaja, kadang kala dia sengaja datang dan tidur di rumah kakak semata-mata kerana mahu tengok abang iparnya.

Aku crush dekat abang ipar sendiri. Dia perfect husband ever. Memang dia yang handle anak, kemas rumah dan masak.”

Bukan setakat datang untuk tidur, dia juga mengaku pernah pura-pura sakit di bahagian bahu kerana mengimpikan abang iparnya tolong urut.

Anonymous terbabit turut meminta pendapat orang ramai bagaimana dia mahu buang perasaan tersebut. Meskipun tahu ia salah namun dia tidak tahu bagaimana kerana sudah ‘tersuka’ abang ipar sendiri.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di Twitter di mana ada yang yang tak boleh nak ‘brain’ dengan confession tersebut.

Ada yang menyindir dia gatal dan sesetengah dilihat memberi cadangan agar dia berhenti datang rumah kakak serta jangan fantasi tentang abang ipar.

Beberapa netizen dilihat membuat andaian bahawa anonymous berkenaan merupakan seorang lelaki yang suka dengan lelaki lain atau homoseksual.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...