Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh seorang pengguna yang berkongsi pengalaman pahitnya apabila rim tayar kereta miliknya kemek akibat terlanggar dua lubang besar di atas jalan raya.
Menerusi ciapan tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Hazim Hasan itu berkongsi beberapa keping gambar serta video menunjukkan kejadian yang dilaluinya ketika menggunakan jalan raya tersebut.
Difahamkan, dua lubang yang berada di atas highway itu turut mengakibatkan beberapa kendaraan lain tersadai di tepi jalan akibat kerosakan tayar.
Ada dua lubang besar atas highway sampai kemek rim tayar saya!! Bukan satu, berbelas kereta tersadai tepi exit subang ni.
Menurutnya lagi, polis bantuan telah datang untuk memberi pertolongan menggantikan tayar kereta miliknya itu.
Malah, Hazim turut dimaklumkan oleh polis bantuan bahawa ini kali ke-30 dia membantu menukarkan tayar kereta pengguna jalan raya pada malam tersebut.
Dari pagi lagi masalah ni dorang dah tau tapi tak nak tutup atau diverged lane.
Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa untuk bertindak bagi membaiki jalan yang berlubang agar tidak membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.
“Bayar tol mahal tapi tak boleh maintain jalan,” tulis seorang netizen.
“Ni dekat NKVE. dari damansara nak ke cyberjaya haritu hampir 20++ kereta berhenti tepi jalan sebab tayar pecah. mana tak nya, bayangkan lah highway lane tengah ada dua lubang besar nakharamnya,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.