“Siap Bawak Anak Bini..” – Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Kehidupan

“Siap Bawak Anak Bini..” – Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu,  ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan sebuah tangkap layar memaparkan pemilik rumah PR1MA merungut kerana rumah yang dibelinya telah didiami oleh pekerja pembinaan terlebih dahulu.

Kata wanita itu, dia telah membeli rumah tersebut namun pihak kontraktor telah membenarkan pekerja mereka untuk tinggal terlebih dahulu dalam unit yang dibeli.

Advertisement

Apa cerita rumah PR1Ma Ranggu ni kami yang bayar tapi pekerja yang tinggal?

Perkara tersebut kemudiannya menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen yang berasa tidak patut pihak berwajib seperti kontraktor atau pemaju membiarkan rumah-rumah yang dibeli pemilik dihuni oleh orang yang tidak sepatutnya.

Malah, tangkap layar hantaran yang dipercayai dimuat naik di laman Facebook Group PR1ma @ Ranggu Tawau itu turut memperlihatkan pekerja membawa satu keluarga untuk tinggal di kediaman yang masih dalam pembinaan tersebut.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen rata-ratanya terkesima dengan pendedahan tersebut malah ada juga yang meluahkan pendapat dan pengalaman masing-masing kerana pernah berhadapan dengan situasi tersebut.

Tahu la prima ranggu ni belum dapat OC tapi jangan la suka – suka bagi orang lain duduk tinggal, tuan rumah belum rasmi pun tu rumah aduh bodohnya. Sudah la kesian tuan rumah tiap bulan bayar rumah.

Kata netizen, perkara seperti penempatan sementara di rumah-rumah yang masih dalam pembinaan itu adalah ‘perkara biasa’ meskipun pemilik rumah sudah mula membuat bayaran ansuran bulanan kediaman yang dibeli setelah pinjaman diluluskan.

kak long reviu makanan
2 years ago

"Sampai 'Lingkup' Restoran.."- 'Kak Long' Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...