“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta” – Caliph Busker Dianiaya Penganjur Acara Di Pulau Pinang, Sampai Merayu Minta ‘Payment’

Hiburan

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta” – Caliph Busker Dianiaya Penganjur Acara Di Pulau Pinang, Sampai Merayu Minta ‘Payment’

Kumpulan Caliph Busker menerusi Instagram terpaksa membuat rayuan kepada pihak penganjur satu acara pada 9 dan 10 Disember lalu di Pulau Pinang untuk membayar mereka.

Kumpulan tersebut berkata mereka telah pun memberikan kelonggaran terhadap penganjur itu dengan tidak memaksa mereka membayar deposit sebelum persembahan.

Advertisement

Fendy Caliph Busker dan anaknya
3 years ago

"Rumah DBKL Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana" - Fendy Caliph Busker

Mereka malah mengakui telah menolak beberapa tawaran undangan daripada penganjur lain kerana mahu bekerjasama dan membuat persembahan di acara itu.

Sampai hati kau kenakan orang buta. Kalau aku boleh kerja macam kau, tak apa. Tapi inilah kerja yang kami ada… kalau tak buat persembahan pentas, busking…..

……Busking pun kau faham-fahamlah musim hujan sekarang. Kadang-kadang busking pun tak dapat apa-apa. Jadi, bila ada show barulah sedap sikit”

Caliph Busker turut memberi peluang kepada penganjur itu untuk membuat bayaran secara ansuran jika tidak berkemampuan asalkan mereka mendapat sedikit wang seperti yang dijanjikan.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen meminta agar mereka mendedahkan nama pihak penganjur yang telah menganiaya Caliph Busker itu.

Sesetengah daripada mereka menghentam penganjur itu kerana tergamak berbuat sedemikian terhadap kumpulan penyanyi yang terdiri daripada golongan OKU.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...