Menerusi hantaran terbaru yang dibuat oleh penyanyi rap, Caprice semalam, dia memberitahu sedikit tentang kembaranya dalam misi jihad hingga menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 jauh dari keluarga dan rakannya.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli turut memberitahu di dalam hantaran terbaru yang dibuat oleh dia di akaun Instagramnya bahawa 40 hari terakhir dilaluinya ini adalah yang paling sukar dalam hidupnya.
25 Julai 2021. Ini telah menjadi 40 hari yang sangat sukar dalam kehidupan saya.
View this post on Instagram
Tanpa menjelaskan kesukaran apa yang telah dilalui olehnya itu, Caprice turut mengucapkan rasa syukur terhadap apa yang telah berlaku.
Alhamdulillah untuk semua yang telah berlaku. Insya Allah satu hari nanti semuanya akan masuk akal untuk anda dan semua umat.
Sedia maklum, sebelum ini Caprice telah mencetuskan kontroversi dimana dia mahu ‘membongkarkan’ sebuah kisah benar yang telah terjadi semasa dalam misi kemanusiaan di Gaza yang membabitkan pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.