Teruskan Misi Seorang Diri, Caprice Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

Hiburan

Teruskan Misi Seorang Diri, Caprice Belum Sedia Pulang Ke Malaysia

Penyanyi rap Caprice dilaporkan tetap akan meneruskan misi meskipun terpaksa dilakukan seorang diri.

3 years ago

Mengaku Silap Dan Terlalu Emosi, Caprice Buat Permohonan Maaf

Advertisement

Ujar Caprice, dia akan terus program kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang baginya, masih belum sempurna.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menerusi hantaran Instagram Story, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberi gambaran bahawa dia berkemungkinan tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Baru habis packing, saya nak beritahu bahawa saya akan teruskan misi seorang diri. Semua orang sudah pulang ke Malaysia tapi saya memilih untuk lengkapkan misi, Insya-Allah.”

Walaubagaimanapun, penyanyi lagu Takde Hal ini tidak pula menyatakan lokasi yang bakal ditujunya itu.

Terdahulu, Caprice tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beberapa pihak terutamanya pendakwah terkenal, Ebit Lew kerana tindakannya yang membuat spekulasi mengikut emosi semata-mata.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Dia dalam pada itu menganggap apa yang terjadi terkandung hikmah yang tertentu.

“Ini adalah antara perjalanan yang sukar dalam hidup saya, selama kita berjuang, berjihad dan beribadah. Tapi saya benar-benar percaya tentang hikmah, saya percaya ada alasan terhadap semua yang berlaku..” ujarnya lagi.

Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu sepanjang berada di perantauan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...