Sambut Hari Jadi, Dini Schatzmann Terima Kamera Harga RM26K Dari Janna Nick

Hiburan

Sambut Hari Jadi, Dini Schatzmann Terima Kamera Harga RM26K Dari Janna Nick

Pelakon dan personaliti TV, Janna Nick khabarnya ada mengadakan sambutan hari jadi istimewa buat kekasih hati, Dini Schatzmann sehingga menyebabkan aktor itu mengalirkan air mata.

Janna Nick
1 bulan lalu

Janna Nick Dengar Lima 'Suara' Sepanjang Hari, Punca Dirinya Suka Cakap Kuat-Kuat

Advertisement

Difahamkan Janna pada mulanya melakukan ‘prank’ dengan menghadiahkan Dini sebuah kamera berspefikasi rendah dan reaksi pelakon drama Marry Me Senorita itu kelihatan agak sedikit terpaksa untuk menerimanya.

Momen-momen tersebut turut dikongsikan Janna menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Prank him on his birthday! Saya memang tak reti beli barang-barang gadget-gadget ni. Kalau camera atau phone ke apa memang Dini yang akan buat research dan beli.

Jadi di hari jadi dia saya beli camera paling low spec sebab nak suprise dia. Dia tahu camera tu low speck tapi dia terpaksa pura-pura suka sebab saya dah beli.

Hadiah sebenar yang diberikan Janna merupakan sebuah kamera berspefikasi tinggi untuk juru video profesional berjenama Sony bersama lensa zoom bernilai RM23,133.

Malah dia turut menghadiahkan Dini dengan satu lagi lensa yang bernilai Rm3,499 ditempah khas untuk kekasihnya itu menjadikan jumlah harga hadiah yang dibeli bernilai RM26,000.

Terdahulu, Janna dan Dini mula menjalin kasih ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku sekitar tahun 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. dalyata

    October 21, 2021 at 11:51 am

    dini bagi hadiah apa dgn janna…

  2. Anonymous

    October 21, 2021 at 8:39 am

    HALOH HALOH HALOHHH MOGAH EYYYYY… FAMILY X CKP APE EY

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...