Janna Nick Dengar Lima ‘Suara’ Sepanjang Hari, Punca Dirinya Suka Cakap Kuat-Kuat

Hiburan

Janna Nick Dengar Lima ‘Suara’ Sepanjang Hari, Punca Dirinya Suka Cakap Kuat-Kuat

Pelakon Janna Nick mendedahkan bahawa sikap riang dan gembira yang ditonjolkan kepada orang ramai dan peminat bukanlah gambaran mengenai sikapnya yang sebenar.

Janna Nick
2 bulan lalu

“Baru Faham Perasaan Wartawan Di Lokasi" - Janna Nick

Advertisement

Kata Janna, menghidapi penyakit berkaitan masalah mental bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditangani kerana ia menyebabkan fikiran dan hatinya sering tidak sehaluan.

Jelasnya lagi, otak pesakit mental ‘sangat bising’ dan terganggu sekaligus menyebabkan dia gemar untuk bercakap dengan suara yang kuat ketika berhadapan dengan orang.

Advertisement

Ketahuilah pesakit mental ini otak mereka sangat bising sebab itu saya bercakap kuat. Kadang-kadang bukan sebab saya happy go lucky atau lantang. Tapi hati dan otak tak sehaluan. Hati rasa lain, otak cakap lain.

Dia juga memaklumkan bahawa perlu sentiasa bersikap positif dan masih bergantung pada pengambilan ubat bagi memastikan  dia dalam keadaan tenang dan baik.

Bayangkan duduk sendirian di tengah keramaian, pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri. Bukan satu suara tapi empat hingga lima suara sepanjang hari. Hanya tidu menjadi waktu yang paling sunyi dan paling tenang sebab tu kadang-kadang ubatan sangat membantu.

Sekitar hujung bulan April yang lalu, Janna mendedahkan bahawa dia  mengalami masalah gangguan bipolar serta mengaku pernah cuba untuk membunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Tambahnya lagi, penyakit mental yang dihidapinya itu semakin teruk dan turut menganggu kesihatannya ketika dia melakonkan watak sebagai seorang pesakit mental dalam drama bersiri berjudul Misteri Mona suatu ketika dahulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Hamba Allah

    October 21, 2021 at 5:27 pm

    sementara Allah msh beri kita fikiran yg waras & mampu berfikir, berubahlah ke jln Allah dgn solat, mengaji & menutup aurat. Adik sy sll kerasukan tp Alhamdulillah nmpk ada perubahan. Setiap hr dia bangun Tahajud, solat & mengaji tiap lps solat.

  2. tuwagapat

    October 18, 2021 at 9:58 am

    mental ilness is real guys, tak nampak sakit dia tu dengan mata kasar kita doesnt mean its not true. may your soul heal janna

  3. Anonymous

    October 17, 2021 at 11:13 am

    Mybe zaman kecik dia tak macam kanak2 lain.

  4. Anonymous

    October 16, 2021 at 7:12 pm

    banyakkan membaca Al qur’an..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...