Semakin bahagia nampaknya pelakon senior Jasmin Hamid semenjak bergelar isteri kepada Nazmir Abd Rahman yang juga pembantu peribadinya dahulu.
Terbaru, pelakon drama Cukup Derita Itu ada membuat sambutan kecil-kecilan sempena hari kelahiran suami tercinta di sebuah lokasi penggambaran
Meskipun sibuk bekerja, Jasmin dilihat tetap membahagiakan hati suami dan turut menitipkan ucapan sayang buat Nazmir di sebuah hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Menyambut tahun pertama hari kelahiran Nazmir sebagai suami isteri, Jasmin mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi kerana mengurniakan pasangan hidup buat dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan agar pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga.