Baru-baru ini media tempatan melaporkan bahawa ubat penahan sakit jenis paracetamol semakin berkurangan di pasaran dek kerana ramai yang membelinya sebagai persediaan bagi menghadapi kesan sampingan suntikan vaksin penggalak COVID-19.
Tapi adakah anda tahu, ubat paracetamol jenama Panadol ini sebenarnya mempunyai pelbagai jenis dan fungsinya yang tersendiri?
Justeru itu, perkongsian seorang lelaki di TikTok ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu ketika memilih jenis panadol yang sesuai dengan sakit dan keadaan kesihatan anda.
Dalam perkongsian video tersebut, antara jenis panadol yang diterangkan fungsi setiap satu adalah panadol ActiFast, Optizorb, Extend, Menstrual, Extra dan Soluble.
Difahamkan, setiap satu jenis Panadol itu mempunyai fungsi tersendiri malah ada juga yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan juga pesakit darah tinggi.
Dapatkan nasihat pegawai perubatan atau ahli farmasi sebelum anda mendapatkan sebarang ubat-ubatan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.